PutraRDRepo Jadi Nadi Transformasi Digital Penyelidikan Di UPM | Universiti Putra Malaysia
» BERITA » PutraRDRepo Jadi Nadi Transformasi Digital Penyelidikan di UPM

PutraRDRepo Jadi Nadi Transformasi Digital Penyelidikan di UPM

Oleh: Ameesya Aghniya Ab Rahim

 

 

 

 

 

 

SERDANG, 7 Mei - Universiti Putra Malaysia (UPM) melalui Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS) melancarkan Program Bulan Sains Terbuka bagi bagi memperkukuh kesedaran mengenai kepentingan sains terbuka di kalangan pelajar hari ini.

 

Program yang bertemakan ‘Open Science For All’ bertujuan untuk mempromosikan amalan perkongsian data penyelidikan, penerbitan akses terbuka dan kerjasama saintifik yang lengkap dan meluas.

 

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), UPM, Prof. Dr. Zamberi Sekawi berkata Platform Sains Terbuka Malaysia (MOSP) yang dimulakan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menunjukkan keterbukaan ilmu adalah kunci kepada kemajuan sains dan teknologi negara.

 

 

“UPM Research Data Repository atau PutraRDRepo merupakan platform bagi pengurusan, penyimpanan dan perkongsian data penyelidikan UPM secara sistematik.

 

“Dengan pendekatan sains terbuka, PutraRDRepo menggalakkan perkongsian data yang lebih meluas, meningkatkan kebolehgunaan hasil semula penyelidikan, dan mengukuhkan kerjasama antara penyelidik, industri serta masyarakat,” katanya.

 

Ketua Pustakawan Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS), UPM, Mahbob Yusof berkata, pusat sumber ilmu yang mendukung ekosistem akademik memainkan peranan signifikan dalam memacu agenda ‘Sains Terbuka’ di UPM.

 

“Perpustakaan ini bukan sahaja koleksi dan perkhidmatan maklumat, malah membina kapasiti penyelidik dalam pengurusan data penyelidikan secara mampan,” ujarnya.

 

Ketua Program, Morni Yati Ibrahim menyifatkan program ini merupakan inisiatif utama penyediaan UPM Institutional Repository (UPM IR) bagi simpanan dan capaian dokumen ilmiah universiti, termasuk tesis serta penyelidikan dan bahan ilmiah lain secara dalam talian

 

“Penyelidik dapat memuat naik set data kajian mereka secara sistematik serta memudahkan penyelidik dalam mengakses data tersebut.

 

“PutraRDRepo bukan sahaja menyokong ketelusan dalam penyelidikan tetapi mempercepatkan inovasi dan mengelakkan duplikasi usaha penyelidikan,” katanya.

 

Dalam pada itu, UPM telah membangunkan sebuah platform digital iaitu PutraRDRepo, berfungsi sebagai repositori dalam menyimpan, mengurus dan berkongsi data penyelidikan yang dihasilkan oleh warga UPM.

Tarikh Input: 15/05/2025 | Kemaskini: 15/05/2025 | aghniya

PERKONGSIAN MEDIA

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1000
---
T.2025/5/16:3:56:54~noCache